15 March 2012

Secarik Kehidupan

Assalamualaikum wbt

Secara tidak dirancang, terasa ingin berkongsi pengalaman mendapat keputusan Sjil Pelajaran Malaysia [SPM].
Saya sejujurnya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang. Pada saya, elemen kejayaan itu banyak. Bukan hanya bergantung kepada gen-gen genius yang secara mitosnya diuar-uarkan kedalam komuniti masayarakat sekarang. Elemen kejayaan ini antaranya berkat ibu bapa, redha guru, kesungguhan dan doa serta tawakal.
Saya kira beruntung kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka dan disinilah saya mempelajari erti kesusahan dan kesungguhan dalam mencari ilmu.



Sejujurnya, saya hanya meletakkan Universiti Teknologi Petronas sebagai platform untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Tidak pernah tahu mengenai peluang-peluang biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun badan-badan swasta. Kira sangat beruntung orang-orang yang mempunyai peluang bersekolah di sekolah-sekolah hebat di Malaysia.
Betul, kita memang menggunakan sukatan pelajaran yang sama, namun kita mengalami proses yang
berbeza.
Betul, itu rezeki masing-masing dan kenapa tiada siapa yang bertindak untuk berkongsi rezeki itu bersama saya sewaktu saya di Teknik Jasin.

Saya jauh sekali untuk menyalahkan sistem pentadbiran mahupun sistem pengajaran yang ditawarkan di Teknik Jasin, sebaliknya saya bersyukur. Barangkali apa yang kita tidak suka itulah yang terbaik buat diri kita. [mashaAllah Alhamdulillah]

Saya gagal mendapat tempat di Universiti Teknologi Petronas menggunakan keputusan percubaan kerana ada sedikit masalah dengan Matematik Tambahan.
Memang saya kecewa! Pada saya, UTP merupakan institusi terbaik di Malaysia pada masa itu, dan saya gagal.
Tatkala pelajar dari sekolah lain sibuk mengisi borang-borang biasiswa, saya hanya terpaku.
Dunia terasa kelam.
Tetapi pada masa itu bukan masa untuk mengalah. Betul saya memang jatuh tersungkur, [kecewa yang amat pada ketika itu], tetapi saya bukan jatuh tertiarap! Saya kuatkan azam dan sumber kekuatan saya hanya kesusahan ayahanda dan bonda di kampung. Kami bukan orang senang. Jauh sekali status orang berada. Saya teruskan juga perjuangan. Pada masa itu SPM memang objektif saya.

Alhamdulillah, keputusan SPM tidak begitu teruk dan tidak seperti yang diharapkan. Mungkin itu yang terbaik. Menuju ke Teknik Jasin bersama ayahanda [dan seorang jiran] untuk mengambil keputusan SPM,. Separuh perjalanan ke Teknik Jasin, saya dihubungi GPK HEM, Puan Saodah memberitahu bahawa keputusan saya tidak seperti yang saya harap [ataupun tidak seperti mana yang sekolah target]. 9A1B. Satu gred B dalam subjek Lukisan Kejuruteraan. Sampai sahaja di dewan besar, air mata menitis laju. Bukan kerana gembira, tetapi terasa seperti telah menghampakan semua pihak. Sekali lagi saya rasakan peluang ke UTP....hancur.




Sejujurnya, saya tidak tahu perasaan ayahanda dan bonda saya mengenai keputusan SPM ini. Barangkali mereka menyembunyikan perasaan mereka. Dua-dua bertemu dan bercinta semasa semasa berkhidmat sebagai tentera darat. Mungkin juga susah untuk menzahirkan perasaan itu [barangkali]..[hihi]

Selepas lebih kurang sebulan, saya mendapat tawaran dari FELDA untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej MARA Banting dalam bidang IB Diploma Programme dan alhamdulillah, kini saya di University College London. Allah itu sangat ‘sweet’.

Saya tidak mengharapkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sekali pun selepas SPM tetapi Allah lebih mengetahui dan saya harap UCL adalah yang terbaik buat saya.
ALHAMDULILLAH



(University College London, UK)




Oh ya, saya bukanlah best student di teknik jasin. Best student, Razi, sahabat saya yang memperoleh 10A dan kini berada di Jepun [dalam kursus Electronic dan Electrical Engineering] di bawah penajaan JPA

Buat adik-adik di
1) MRSM FELDA Kampus Tun Abdul Razak bilamana pertemuan kita di Kem Motivasi tahun lepas, moga kalian terus melakar kejayaan dan menjadi sumber aspirasi buat adik-adik yang lain. Semoga berjaya dalam hidup dan jangan lupa pesan abang.
2) Buat juniors di Sekolah Menengah Teknik Jasin, maaf kerana tidak sempat untuk berjumpa sebelum datang ke UK. Saya doakan kalian terus maju.InshaAllah bulan 6 ni kita jumpa
3) Buat pelajar2 di Sekolah Kebangsaan FELDA Bukit Jalor, semoga kalian terus membanggakan ayahanda dan bonda kalian kerana mereka sudah lama susah. Tiba masa untuk kita menggembirakan mereka.
4) Kepada semua calon SPM, semoga berjaya mendapat keputusan yang terbaik minggu hadapan

Walau apapun keputusan yang diterima, itulah yang terbaik buat kalian. Jangan putus asa sesungguhnya pintu rezeki itu luas.




Sekian.
p/s
Ini hanyalah tulisan biasa daripada penulis penulis yang suka membanding-tarakan antara kesahihan, kepastikan dan kepalsuan. Mari bercakap berdasarkan fakta dan bukan auta

3 comments:

Anisah said...

thanks abang :)

Nurul Natasha said...

sebak rasa bila baca, apapun terima kasih abang! :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.