09 December 2010

Pokok Getah, Lipan dan Semak Samun

Assalamualaikum....

alhamdulillah, setelah berjuang hampir 6 bulan di bumi KMB, semester 3 yang paling ditakuti oleh pelajar KMB sudah berjaya ditempuhi. Suka duka, pahit, kena marah, EE tak sempat hantar dan banyak lagi merupakan satu memori yang tidak mungkin dapat dibeli di Harrods mahupun di Tesco Melaka.

Oh ya, untuk menjadikan penulisan blog bertambah menarik untuk tatapan pembaca, berikut merupakan naratif yang direka-reka untuk menggambarkan suasana semasa peperiksaan semester 3 (hanya mengambil subjek yang dikira 'sakit' buat pelajar KMB)

Mathematics Higher Level

Walaupun senjata terunggul pelajar-pelajar iaitu GDC sudah diperbaiki dan ditambah dengan operating system terkini yang katanya mampu menangkis serangan daripada matematik paper 1 dan paper 2, namun ramai yang gugur sewaktu bertarung dengan paper 3. Strategi yang direka oleh General Badarudin serta pemabantunya, Laksamana Surinam nyata tiada tolong bandingnya dan terbukti bukan tandigan buat pelajar KMB. Serangan yang bertubi-tubi dihalakan ala-ala strategi pejuang Rom satu ketika dahulu tidak hanya mampu bertahan selama 30 minit pertama sahaja kerana dalang disebalik paper 3 menggunakan taktik perang gerila dimana serangan diajukan dari semua arah serentak. Ini telah menyebabkan para pejuang kaku sebentar. Akhirnya, ramai yang cedera parah dan hanya beberapa sahaja yang mampu keluar daripada medan perang dengan selamat.


Physics Higher Level


Nampaknya strategi 4-4-2 yang dicadangkan oleh unit Fizik bagi menghadapi perlawanan kalah mati antara paper 1 dan paper 2 nyata hanya berhasil pada minit-minit kecederaan sahaja. Teknik tangkapan bola yang diajarkan kepada para pemain tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya walaupun bermain di tempat sendiri. Serangan daripada pemain no 9- simple hamrmonic motion dan no 10-electronics nyata tidak dapat ditangkis oleh pemain-pemain walaupun teknik yang diajarkan sudah cukup bagus. Mungkinkah 4-4-2 sudah tidak relevan lagi untuk menangkis sebarang serangan daripda pihak lawan.. Satu kos yang amaat besar juga telah dikeluarkan oleh unit Fizik selaku coach rasmi bagi perlawanan kalah mati itu semata-mata untuk meng-fotostat kertas-kertas strategi bagi kegunaan pemain. Namun sikap sambil lewa serta over confident telah membawa kesan buruk kepada para pemain.


(to be continued.......)

6 comments:

AxL Farhan said...

sem 4, we will beat you!! haha

Pejuang Muda said...

yeah!!!!

Salam Manaff said...

wahhh.. seys menarik post nih. semoga berjaya untuk mengalahkan pemain no 10 dan no 9 dalam pertarungan final t. Pas ni, klu nak g medan perang, senjata otak dan kreativiti dalam menawan musuh math perlu digunakan. Senjata tu dah ada cuma belum guna full power ag. :D

Pejuang Muda said...

inshaAllah salam.....
we're not going to lose to IB anymore
not again!!

Raji berkata said...

halamak syam mcm main bola pula
hahaha

good luck weh
aku nmpk nama Sir Badar ;P
general bai =.="

Pejuang Muda said...

To Raji

thanks weh
you too...

Sir Bada....thats scary!!!!