30 December 2010

Nasi Goreng + Kopi O

Assalamualaikum wbt

Since my mom kena tahan wat sebab ada surgery (hopefully, she will fine)..maka, tinggallah kami adik beradik kat rumah. Nak ceritanya, pagi tadi aku dah beria-ia nak goreng nasik.. Malam sebelum 'kejadian' aku dah p tanya member2 macam mana nak goreng nasik ni (loser giler tak tahu nak goreng nasik)..haha

So, dapatlah recipe yang paling senang nak buat..RESIPI CAMPAK-CAMPAK

maksudnya, bawang,,,bwang putih dan segala macam rencah campak je dalam kuali..nanti ok la tu (menurut si pemberi resipi)

So, aku punyalah bersemangant nak buat nasik goreng ni.Pagi2 lagi dah bangun
(sebenarnya tak kasi tau sama orang..nanti tak jadi malu..haha)

Bawang and segala macam jenis tumbuh-tumbuhan aku taruk je dalam lesung batu..haha

yang agak sedikit nak kantoi,,minyak aku letak macam nak goreng ayam untuk kenduri doa selamat.Punyelah banyak...

daripada jadi nasik goreng..tetiba ada nasik minyak INSTEAD!!!

so,,ia mengambil masa yang agak lama juga nak keringkan minyak tu...last2 aku macam tapis je kasi kurang sikit minyak tu (first time dengar orang tapis minyak time masak nasik goreng)...haha


Tapi, setelah menggoreng selama lebih kurang 10 minit, rasanya not bad la (walaupun agak tawar..haha...)

Teringat seorang blogger ni cakap..

kalau nak kawin, kau tu mesti pandai masak dulu.. supaya kau boleh mengajar isteri kau masak..maksudnya, lelaki ialah ketua keluarga bukan follower..Even bab2 memasak ini pompuan yang selalu buat..tapi nak jadi husband, nak tak nak..kau kena la expert bab ni...


Nampaknya..lambat lagi la aku nak kawin (^_^)

Kejayaan menggoreng nasik : 60%

p/s
Hopefully, my mom akan cepat balik :(


21 December 2010

Bagaimana nak cerdas Minda??

Selepas selesai membaca novel SAGA karya Abdul Talib Mohd Hassan, hampir 2 jam diri diselubungi kesedihan. Mana taknya, penyudahan yang saya kira agak memeranjatkan mampu menjerat emosi pembaca (termasuk la saya juga).

Pada sebelah malamnya pula, ternampak sebuah buku (kalau tidak silap dibeli semasa saya berada di tingkatan 3) di rak. Bukunya agak menarik untuk diperbincangkan kerana bersesuaian untuk semua lapisan umur. Tajuknya agak menarik mengenai MENCERDASKAN MINDA hasil tulisan Siti Norbahyah dan Jaffar Salleh. Mana tidaknya, Prof. Siti Norbahyah merupakan antara penceramah kegemaran saya (terutamanya semasa saya kecil di darjah 4 keatas). Sekarang agak lama tidak menonton TV menyebabkan diri sedikit lupa mengenai penceramah ini. (saya juga meminati Ustaz Dzulkarnain kerana bacaan Al--Qurannya mampu buat emosi saya terusik. Oh ya, saya pernah mengikuti kem yang diadakan beliau di Trolak dan sempat ber-qiamullail bersamanya. Pada siapa yang tidak mengenali ustaz ini, beliau merupakan pengacara Imam Muda, Kalam Suci dan sesekali muncul dalam Liga Ilmu di ASTRO Oasis)..

Oh ya, saya nak berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat ketika membaca buku ini.
(BAGAIMANA NAK MENCERDASKAN MINDA)

1)Tinggkatkan amalan membaca AL-Quran


" Hai Manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Al-Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada"
[SURAH YUNUS:57]

2)Asmaul Husna

kalau mahu terang hati baca "Ya Khaliq" setiap malam

Kalu mahu kuat ingatan, baca "Ya Rahman"

Menghidupkan hati pula "Al-Hayy"

Kalau boleh baca 99 nama-nama Allah, inshaAllah kuat ingatan

"Sesugguhnya Allah mempunyai 99 nama iaitu 100 kurang satu, sesiapa yang menghafalnya dengan penuh kesedaran dan pengertian akan memasuki syurga" (Al-Baihaqi dan lain2_

3)Makan madu

Bagaimana nak makan madu ni
1) dimakan terus
2)Buat air (masuknya campur dengan air ksong)


4)Halia

boleh dibuat air juga selain digunakan sebagai perencah masakan di dapur
(lepas ni abang food court kena la tambah menu -SUSU HALIA)
BAGUS UNTUK INGATAN

5)Telur

6)Makan CARROT

7)Hilangkan kahak

caranya dengan memakan bawang putih sama ada mentah atau dimasak

8)Makan daging

1)daging unta
2)daging arnab
3)daging merpati
4)daging biri2

9)Makan TEMBIKAI

(patutlah dekat DS selalu ada tembikai walaupun kualiti diragui)

"makanlah tembikai kerana didalamnya banyak kebaikan.ianya makanan, minumam, perangsang kepada prtumbuhan gigi sebagai pewangi, pembersih pundi-pundi kencing, menambah air tulang belakag, menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit"
[IBNU ABBAS]

10)MUHASABAH DIRI SEBELUM TIDUR


Ini hanya sedikit sahaja, banyak lagi tip-tip yang boleh diamalkan. Terutamanya ketika menghadapi peperiksaan. Moga2 dipermudahkan Allah

"BERFIKIR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAT SUNAT SETAHUN"
[HADIS RIWAYAT IBNU HIBBAN]



oLEH ITU, sama-samalah kita menjagi akal kita daripada melakukan maksiat..

RUJUKAN
Panduan mencerdaskan minda, Telaga Biru

15 December 2010

Di Sebalik rintik-rintik Pelangi :(

Assalamualaikum wbt

Ini ada satu lagu untuk dikongsi bersama-sama. (kalau ada masa carilah lagu ini..sangat inspiring)..

tatkala aku down dengan exam or test (especially math)...lagu ini akan dipasang dilaptop pemberian alongku..(dimainkan berkali-kali untuk menghidupkan kembali semangat yang acap kali padam akibat iman yang lemah)..dan kadang-kadang air mataku mengalir ketika menghayati bait-bait lagu ini..----dan ketika menulis entry ni, lagi masih lagi diputarkan).

Dugaan yang diberikan kepada jauh lebih kecil jika nak dibandingkan dengan dugaan Rasullallah... :(

ini lirik nye

lagu: PEMERGIAN
KUMPULAN IN-TEAM

(Ya Rasulallah...)

Kau masih tersenyum mengubat lara

Selindung derita yang kau rasa

Senyuman yang mententeramkan

Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita

Di pangkuan isterimu Humaira?

Menunggu saat ketikanya

Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air

Kau sapu di muka mengurangkan pedih

Beralun zikir menutur kasih

Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu

Penuh ketenangan jiwamu berlalu

Linangan air mata syahdu

Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima

Bahkan payah untuk Umar mempercaya

Tetapi iman merelakan jua

Bahawa manusia ?kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba

Gerhanalah seluruh semesta

Walaupun kau telah tiada

Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah

Kau tinggalkan kami warisan yang abadi

Dan bersaksilah sesungguhnya

Kami merinduimu


(kalau ada masa carilah lagu ini).....

Wallahualam.....

09 December 2010

Pokok Getah, Lipan dan Semak Samun

Assalamualaikum....

alhamdulillah, setelah berjuang hampir 6 bulan di bumi KMB, semester 3 yang paling ditakuti oleh pelajar KMB sudah berjaya ditempuhi. Suka duka, pahit, kena marah, EE tak sempat hantar dan banyak lagi merupakan satu memori yang tidak mungkin dapat dibeli di Harrods mahupun di Tesco Melaka.

Oh ya, untuk menjadikan penulisan blog bertambah menarik untuk tatapan pembaca, berikut merupakan naratif yang direka-reka untuk menggambarkan suasana semasa peperiksaan semester 3 (hanya mengambil subjek yang dikira 'sakit' buat pelajar KMB)

Mathematics Higher Level

Walaupun senjata terunggul pelajar-pelajar iaitu GDC sudah diperbaiki dan ditambah dengan operating system terkini yang katanya mampu menangkis serangan daripada matematik paper 1 dan paper 2, namun ramai yang gugur sewaktu bertarung dengan paper 3. Strategi yang direka oleh General Badarudin serta pemabantunya, Laksamana Surinam nyata tiada tolong bandingnya dan terbukti bukan tandigan buat pelajar KMB. Serangan yang bertubi-tubi dihalakan ala-ala strategi pejuang Rom satu ketika dahulu tidak hanya mampu bertahan selama 30 minit pertama sahaja kerana dalang disebalik paper 3 menggunakan taktik perang gerila dimana serangan diajukan dari semua arah serentak. Ini telah menyebabkan para pejuang kaku sebentar. Akhirnya, ramai yang cedera parah dan hanya beberapa sahaja yang mampu keluar daripada medan perang dengan selamat.


Physics Higher Level


Nampaknya strategi 4-4-2 yang dicadangkan oleh unit Fizik bagi menghadapi perlawanan kalah mati antara paper 1 dan paper 2 nyata hanya berhasil pada minit-minit kecederaan sahaja. Teknik tangkapan bola yang diajarkan kepada para pemain tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya walaupun bermain di tempat sendiri. Serangan daripada pemain no 9- simple hamrmonic motion dan no 10-electronics nyata tidak dapat ditangkis oleh pemain-pemain walaupun teknik yang diajarkan sudah cukup bagus. Mungkinkah 4-4-2 sudah tidak relevan lagi untuk menangkis sebarang serangan daripda pihak lawan.. Satu kos yang amaat besar juga telah dikeluarkan oleh unit Fizik selaku coach rasmi bagi perlawanan kalah mati itu semata-mata untuk meng-fotostat kertas-kertas strategi bagi kegunaan pemain. Namun sikap sambil lewa serta over confident telah membawa kesan buruk kepada para pemain.


(to be continued.......)