21 December 2010

Bagaimana nak cerdas Minda??

Selepas selesai membaca novel SAGA karya Abdul Talib Mohd Hassan, hampir 2 jam diri diselubungi kesedihan. Mana taknya, penyudahan yang saya kira agak memeranjatkan mampu menjerat emosi pembaca (termasuk la saya juga).

Pada sebelah malamnya pula, ternampak sebuah buku (kalau tidak silap dibeli semasa saya berada di tingkatan 3) di rak. Bukunya agak menarik untuk diperbincangkan kerana bersesuaian untuk semua lapisan umur. Tajuknya agak menarik mengenai MENCERDASKAN MINDA hasil tulisan Siti Norbahyah dan Jaffar Salleh. Mana tidaknya, Prof. Siti Norbahyah merupakan antara penceramah kegemaran saya (terutamanya semasa saya kecil di darjah 4 keatas). Sekarang agak lama tidak menonton TV menyebabkan diri sedikit lupa mengenai penceramah ini. (saya juga meminati Ustaz Dzulkarnain kerana bacaan Al--Qurannya mampu buat emosi saya terusik. Oh ya, saya pernah mengikuti kem yang diadakan beliau di Trolak dan sempat ber-qiamullail bersamanya. Pada siapa yang tidak mengenali ustaz ini, beliau merupakan pengacara Imam Muda, Kalam Suci dan sesekali muncul dalam Liga Ilmu di ASTRO Oasis)..

Oh ya, saya nak berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat ketika membaca buku ini.
(BAGAIMANA NAK MENCERDASKAN MINDA)

1)Tinggkatkan amalan membaca AL-Quran


" Hai Manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran dari Tuhanmu (iaitu Al-Quran) dan penyembuh bagi penyakit-penyakit dalam dada"
[SURAH YUNUS:57]

2)Asmaul Husna

kalau mahu terang hati baca "Ya Khaliq" setiap malam

Kalu mahu kuat ingatan, baca "Ya Rahman"

Menghidupkan hati pula "Al-Hayy"

Kalau boleh baca 99 nama-nama Allah, inshaAllah kuat ingatan

"Sesugguhnya Allah mempunyai 99 nama iaitu 100 kurang satu, sesiapa yang menghafalnya dengan penuh kesedaran dan pengertian akan memasuki syurga" (Al-Baihaqi dan lain2_

3)Makan madu

Bagaimana nak makan madu ni
1) dimakan terus
2)Buat air (masuknya campur dengan air ksong)


4)Halia

boleh dibuat air juga selain digunakan sebagai perencah masakan di dapur
(lepas ni abang food court kena la tambah menu -SUSU HALIA)
BAGUS UNTUK INGATAN

5)Telur

6)Makan CARROT

7)Hilangkan kahak

caranya dengan memakan bawang putih sama ada mentah atau dimasak

8)Makan daging

1)daging unta
2)daging arnab
3)daging merpati
4)daging biri2

9)Makan TEMBIKAI

(patutlah dekat DS selalu ada tembikai walaupun kualiti diragui)

"makanlah tembikai kerana didalamnya banyak kebaikan.ianya makanan, minumam, perangsang kepada prtumbuhan gigi sebagai pewangi, pembersih pundi-pundi kencing, menambah air tulang belakag, menghindarkan sejuk dan membersihkan kulit"
[IBNU ABBAS]

10)MUHASABAH DIRI SEBELUM TIDUR


Ini hanya sedikit sahaja, banyak lagi tip-tip yang boleh diamalkan. Terutamanya ketika menghadapi peperiksaan. Moga2 dipermudahkan Allah

"BERFIKIR SESAAT ITU LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAT SUNAT SETAHUN"
[HADIS RIWAYAT IBNU HIBBAN]



oLEH ITU, sama-samalah kita menjagi akal kita daripada melakukan maksiat..

RUJUKAN
Panduan mencerdaskan minda, Telaga Biru

2 comments:

AxL Farhan said...

wah3, tazkirah online kau..haha

Pejuang Muda said...

haha....
baru mencuba2