25 August 2011

BATU BATA VISA, dan LEMBUT PASIR KINOKUNIYA



Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca sekalian. Harapnya kalian sentiasa berada dalam payung rahmat Ilahi hendaknya, inshaAllah.

Alhamdulillah segala urusan VISA UK telah disempurnakan semalam. Setelah hampir sebulan bergelumang dengan CAS Number yang lewat dihantar oleh UCL, terpaksa menangguhkan tarikh dan masa ‘appointment’, kesukaran untuk mengisi appendix 8 dan lain-lain lagi telah selamat dikebumikan sejurus selepas semua dokumen itu dihantar ke tingkat 19 Wisma MCA,Ampang. Walaubagaimanapun, urusan VISA UK kali ini agak kelam kabut urusannya apabila semua pemohon dipaksa ke tingkat 3 walhal semua urusan mengenai VISA UK bertempat di tingkat 19. Sejujurnya, perkara ini mengejutkan saya kerana tidak mempunyai pengalaman menguruskan VISA dan ini merupakan kali pertama saya ke WISMA MCA. Akan tetapi, kalau bijak mencari rakan segalanya akan menjadi mudah. Sebelum ke tingkat 3, saya sempat berbual dengan dua orang pelajar yang akan melanjutkan tahun akhir mereka ke University of Leeds dalam bidang Event and Admins kalau saya tidak silap. Menurut mereka, proses ini juga baru bagi mereka. Setelah hampir 10 minit berbual, saya mengajak mereka berdua ke tingkat 3 bersama-sama. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya masalah keseorangan tadi telah berjaya ditangani.





(Gambar dihadapan WISMA MCA)

Teringat satu potongan ayat di dalam Al-Quran

Allah mengkehendari kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu
[2:185]


Sampai sahaja di tingkat 3, perkara yang paling saya takuti jelas terpapar di depan mata. Begitu ramai pemohon berada dalam satu bilik yang disediakan di tingkat 3. Saya bertanya kepada pengawal yang bertugas disitu tujuan mereka memaksa kami ke tingkat 3. Rupanya, pegawai yang menguruskan VISA UK ini ingin memastikan segala dokumen tepat. Sebagai contohnya, latar belakang gambar mestilah berwarna putih dan bukan biru dan lain-lain lagi. Saya bergerak masuk ke bilik yang disediakan di tingkat 3 dan cubaan saya untuk mencari kerusi gagal. Saya terpaksa berdiri selama 2 jam sebelum nama saya dipanggil untuk tujuan pemeriksaan dokumen. Dalam tempoh menunggu itu, saya ada berborak-borak dengan beberapa rakan daripada kolej lama saya. Setelah agak kebosanan menunggu, saya ke satu penjuru untuk bersandar atau merehatkan kaki ini. Terdapat beberapa orang sedang menyelak-nyelak dokumen mereka untuk memastikan mereka berada di landasan yang betul.




Disebabkan terlalu bosan, saya ada menegur seorang pemohon yang berasal daripada Ipoh. Menurutnya, dia memohon VISA UK untuk menyambung pelajaran dalam bidang Master dalam bidang Achitecture. Tambah menarik, dia merupakan graduan daripada University of Schcalyte di Scotland. Lama juga saya berborak dengan dia mengenai sistem pendidikan di UK dan Malaysia, pertembungan budaya dan kos sara hidup di sana. Agak menarik juga perbincangan kami, tetapi setelah beberapa minit, saya seakan-akan bercakap keseorangan.haha. Oh ya, saya juga dengan segan silu ada menegur 3 orang pelajar daripada KYUEM. Dua daripada mereka akan melanjutkan pelajaran di Kent University dalam bidang Sains Aktuari manakala seorang lagi akan ke Machester Univeristy dalam bidang Civil Engineering. Peluang keemasan ini saya gunakan untuk bertanyakan mengenai statistik pelajar KYUEM yang akan ke UCL. Menurut mereka, ramai pelajar KYUEM akan ke Imperial dan UCL dan tambah menarik mereka ada mengatakan dua orang daripada KYUEM akan ke Cambridge University.



Setelah hampir 5 minit berbual, saya ke bahagian hadapan untuk menunggu nama saya dipanggil. Agak bosan juga sebab tidak ada sesiapa yang berpotensi untuk dijadikan kawan berbual kerana rata-rata mereka sibuk menguruskan dokumen. Hampir 30 minit keseoarangan, alhamdulillah saya sempat berbual selama lebih kurang lima minit dengan sorang pemohon. Menurutnya, dia akan ke University of Leeds tahun akhirnya dalam bidang Economics, kalau tidak silap. Tidak lama kemudian, nama saya dipanggil untuk tujuan pemeriksaan. Tempoh dokumen saya diperiksa tidak lama kerana saya sudah menyediakannya terlebih dahulu. Pada pandangan saya, urusan pemeriksaan akan menjadi lama jika anda adalah self-sponsored student dimana anda dikehendaki untuk menyediakn pelbagai dokumen dari segi penyata bank, jumlah wang dalam akaun dan sebagainya.


Setelah semuanya selesai di tingkat 3, saya dikehendaki ke tingkat 19. Oh ya, saya sempat berbual dengan seorang makcik semasa berada di dalam lif. Menurutnya, perkara sebegini (yakni ramai orang dan hanya ada dua orang pegawai sahaja yang menguruskan) tidak patut berlaku. Secara jujurnya, saya juga berpendapat sebegitu, kerana pihak UK VISA mempunyai banyak pengalaman dari tahun-tahun berikutnya dan masalah sebegini seharusnya diatasi dengan lebih awal. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat masalah dalaman yang kita tidak ketahui.





Sampai ke tingkat 19, saya diberikan nombor dan alhamdulilah, saya terlihat kelibat-kelibat kerusi di dalam bilik yang disediakan. Akhirnya setelah hampir dua jam tidak duduk menyebabkan kaki ini berasa sakit, keempukan kerusi akhirnya dapat dirasai. Menunggu keseorangan tanpa rakan untuk berbual agak membosankan. Saya kerap melihat ke skrin nombor supaya nombor saya dipaparkan dengan kadar segera. Akhirnya setelah hampir 2 jam menunggu, segala urusan di UK VISA sudah selesai disempurnakan. ALHAMDULILLAH....

Saya bergerak keluar dari WISMA MCA untuk menuju ke Suria KLCC. Tempat yang dituju adalah gedung buku, Kiokuniya yang berada di tingkat atas sekali. Sementara menunggu rakan-rakan untuk berbuka puasa bersama-sama di KLCC, saya sempat membeli tiga buah buku. Diskripsi ketiga-tiga buku ini menarik minat saya untuk membelinya. Kos keseluruhan lebih kurang RM51.50.
Ini buku yang telah saya beli di Kinokuniya.




Selepas selesai urusan di Kinokuniya, saya dan seorang rakan, Azim menuju ke Food Court KLCC untuk mempersiapkan diri bagi berbuka puasa. Sementara menunggu azan berkumandang dan kehadiran rakan-rakan lain, saya sempat menceritakan pengalaman di WISMA MCA tadi kepada Azim.
Ini gambar iftar kami di KLCC. Rata-rata mereka merupakan pelajar jurusan perubatan yang akan ke Ireland bulan September ini





P/S
lepas ini, kalau nak pergi mana-mana, baik pergi berdua, ada juga teman berbual

23 August 2011

FELDA UCL dan KEHIDUPAN



Assalamualaikum wbt.
Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan berada di bawah payung rahmat Ilahi

Sudah agak lama tidak dikemaskini blog ini. Mungkin sedikit sibuk dengan urusan universiti, VISA, urusan dengan penaja (FELDA) dan tidak lupa tahap kemalasan yang kian meninggi.
Bercakap mengenai urusan dengan pihak universiti, alhamdulilah, setelah menghantar email kepada Sarah Nathoo (orang yang menguruskan mengenai kemasukan pelajar baru), alhamdulillah, saya telah ditawarakan untuk menyamung pelajaran ke University College London (University of London) dalam bidang Master’s Undergraduate Programme selama 4 tahun dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.Syukur yang teramat sangat kerana impian yang dibina sewaktu semester pertama di Kolej MARA Banting sudah semakin dekat untuk direalisasikan. Alhamdulillah.

Ini merupakan gambar sekitar UCL yang saya sempat ambil daripada internet. Struktur binaannya agak menarik kerana seakan-akan era Rom dan Greece. Walaupun terletak di tengah-tengah kota London, namun, sistem pembelajan yang digunakan masih mampu menjana persekitaran yang kondusif sehinggakan melahirkan cendikiawan yang mempunyai pemikiran kelas pertama.



Selain itu, saya juga telah ditawarkan penginapan di John Tovell House, satu pengipana yang sungguh dekat dengan Electric Department. Katanya, hanya dipisahkan oleh jalan raya, dan kedua-dua bangunan ini bertentangan antara satu sama lain. Alhamdulillah. Tidak pernah menduga atau merancang untuk ditawarkan ke John Tovell kerana saya fikir borang saya mengalami masalah dan terpaksa dihantar sedikit lewat. Tambah perit, terpaksa dihantar menggunakan Pos Laju yang kosnya bukan RM1 mahupun RM10, tetapi RM80+. Tetapi, berkat kesabaran dan dorongan serta dokoongan ibu bapa yang begitu memahami kehendak anaknya ini, saya ditawarkan ke satu tempat yang begitu dekat sekali dengan kelas, kuliah dan bangunan pengajian saya bahkan sewa yang dikenakan seminggu antara yang paling murah iaitu 97pounds berbanding ada rakan-rakan saya yang terpaksa membayar sehingga 197pounds seminggu..alhamdulilah

Allah bersama-sama dengan orang yang sabar[2:249]..
.
.Alhamdulilah
.
.

Di sini saya ada sertakan beberapa gambar mengenai tempat penginapan saya




Dihadapan John Tovell House,(menurut senior, dihadapannya adalah Electric Department)




Bilik Memasak (harapnya saya akan kerap memasak selepas ini



Bilik Tidur (lebih barik daripada KMB)


(untuk gambaran lebih lanjut mengenai John Tovell House, boleh klik di link ini.)

Kesibukan diri ini juga dipenuhi dengan majlis berbuka puasa bersam Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur. Pada petangnya, saya sempat berkenalan dengan beberapa pemegang biasiswa FELDA dan FELDA Holdings di salah satu bilik yang disediakan. Kami sempat mengadakan satu sesi perkongsian pengalaman antara senior dan junior. Rata-rata mereka begitu bersemangat tinggi dalam merealisasikan impian FELDA bahkan ada yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Oxford dan Cambridge. Syabas diucapkan kepada mereka. Sesi perkongsian ini lebih bertumpu kepada permasalahan yang dihadapi oleh junior-junior yang sedang mengikuti kursus persediaan. Alhamdulillah, beberapa jalan penyelesaian sudah dapat dicari (syabas kepada Abang Amri Rahamat) dan telah dihantar kepada Pegawai FELDA.

Pada malamnya pula, saya sempat berbuka puasa bersama dengan pengerusi FELDA dan kami telah diberikan penghargaan untuk menerima wang bonus kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tambah manis, gambar kami disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia. Ini keratan akhbarnya



p/s
Harap-harap semua berjalan lancar ke London nanti..inshaAllah