30 November 2012

Assalamualaikum....
Lama bebenor tak update blog...
(kononnya sibuk melayan perasaan yang duka lara)..

Alhamdulillah, dah settle down (things will never be easier, you've got to be better..eventually)..
Anyways..
MInggu ini agak padat dengan aktiviti..(wohaaa...)

1) Sounds Of Light; For Syria.

Basically, event (konsert?) ini menampilkan beberapa orang artis seperti Maher Zain, NativeDeen, yahya Hawwa, Mesut Kurtis dan Saif Adama. Program ini bertujuan untuk membantu mangsa-mangsa peperangan di Syria amnya.

Di bawah ini ada tiketnya. Alhamdulillah, mula2 agak frust sebab tak dapat tiket. Tapi lepas tu tengok ada lagi kosong, apa lagi TERUS BELI...£15 pounds satu tiket..inshaAllah, pasukan perang UCL yang dianggotai oleh beberapa orang junior first year yang begitu bersemangat telah bersiap siaga.. Nantikan kibaran bendera Palestin di program ini.



p/s
Kat mana pulak barbican ni... =.=!!

2) United For Change; Making The World A Better Place

Even kedua ni hari sabtu..(hari ahad ada Sounds for Light). Ok, apa yang best sangat pasal event..
RAMAI TOKOH ILMUWAN ISLAM AKAN BERKUMPUL....InshaAllah...tak sabaq..

ok,, ni senarai speakers untuk event ni.. (aku copy dan paste ja)


Shaykh Muhammad Akram Nadwi
Professor Tariq Ramadan
Shaykh Abdal Hakim Murad *
Shaykh Suhaib Hasan
Shaykh Zahir Mahmood
Shaykh Sa’ad al Jloud (Saudi Arabia)
Shaykh Ibrahim Osi-Efa (tbc)
Shaykh Hasan Ali
Shaykh Ahmed Ba’bikir
Shaykh Haitham Tamim
Kristiane Backer (From MTV to Mecca) Myriam Cerrah Francois
Special Guest Reciter Live: Shaykh Abu Bakr al-Shatry (Saudi Arabia)

PROF TARIQ RAMADAN PUN ADA!!! 

memang program yang tak mesti kena p..

Harga tiket £11 pounds ja... 0___O (murah sangat ni)..[Sila jangan jeles rakan2 sekalian..hihi..gurau2 ja)
event ni panjang (dari 1 petang sampai 9 malam) tapi since ada ramai speakers yang hebat, inshaAllah, macam tak cukup je nak sedup segala ilmu daripada mereka..moga Allah redha..

Ok, mesti ramai yang tanya, bila nak study dan sebgainya... (mai aku nak habaq)
Memang hang nampak macam weekend adalah waktu yang PALING SESUAI untuk chill (bahasa orang muda) dengan bersenda gurau di taman (bahasa orang lama), tapi eventually, masa untuk study tu masih ada walaupun hang sibukkan diri dengan benda2 gini. 

Contoh 1)
Weekend hang diisi dengan benda2 lagha (benda buang masa la) macam tengok movie(s) 12 jam sehari suntuk ataupun, tengok anime (katun jepun) daripada episode 1 sehingga episod 345, atau pergi  window shopping sehari suntuk (?), dan hang claim tak da masa untuk study? Ce try reflect balik, kemana masa yang 24 jam (winter 25 jam kan?) yang Allah bagi untuk hang manage masa hang?

Contoh 2)Bila hang p majlis ilmu, (moga Allah redha, biiznilah), sehari suntuk (bukan nak berbangga, contoh je, chill la  :)
lepas tu balik2 dapat satu energy yang super power untuk study hard for the ummah..
a) dapat pahala hadir majlis ilmu (betulkan niat, jgn nak dok tangkap gambar je dengan prof. tarik ramadan)
b) dapat perbaharui iman (yang tunggang terbalik ni)
c) dapat motivasi untuk study hard..

Jadi, masa itu ada je sebenarnya..ce try cari...24 jam tu memang dah cukup daa....kalau hampa semua manage your time really2 well... 


ok lah, sakit perut pulak (rindu nak makan masakan ikan goreng masak cili api yang super pedas mak aku kat kampung)..  

Aku akhiri dengan ayat ni



A002
A003




TERUSKAN BERDOA UNTUK SAUDARA KITA DI PALESTIN DAN SYRIA DAN SEMUA NYA...MOGA KEMENANGAN BERADA DI PIHAK KITA..


p/s
Aku menang hadiah di RISE..tak sabaq nak p amik...RISE ni PERJUMPAAN MUSIM SEJUK DI UK..nanti aku update pasal RISE pulak, inshaAllah




END THE OCCUPATION!!!



16 June 2012

Kota atas air. Venezia

Assalamualaikum wbt. Biarkan gambar bercerita. Moga bermanfaat! Alhamdulilah. Allah bagi peluang dan ruang untuk ke Venice. Seawal umur 21 tahun. Tak sabar nak bercerita dengan adik-adik di kampung. Sesiapa yang lebih muda dari saya di kampung, adalah adik2 saya. (^__________^)v

20 May 2012

Cerita di Dapur UCL

Assalamualaikum wbt. Malam ni semua orang tengah tengok bola; Chelsea lawan Bayern Munich. Sorry la, saya kurang minat dengan bola. Kita boleh berbual tentang badminton, fencing, tapi bukan bola sepak. I just don’t get that game. Haha...
tapi ok la..semua orang dilahirkan dengan pelbagai minat. Kalau semua orang share satu minat je, busan la kan. Contohnya, semua orang suka makan roti canai, tak penat mamak roti canai tu nak tebar roti nak bagi makan kat orang ramai.
Camtulah dengan hidup. Semua orang ada minat + kelebihan + kelemahan yang berbeza. We just need to complement each other so that this world will turn out to be a better place to stay.inshaAllah.
Oh ya. Petang tadi baru balik dari rumah baru di canary whaft. Agak cantik jugak rumah tu. Alhamdulillah. Everything went pretty well.. Terima kasih kepada kawan2 saya yang tolong carik rumah tu sebab tu abang hisham ada exam. So masa agak terhad minggu lepas untuk spare carik rumah. Ni antara photo yang diambil semasa first visit ke rumah tu..
Alhamdulilah..moga kecantikan rumah ini boleh menyuntik semangat untuk terus maju dalam hidup dan membantu masyarakat Malaysia nanti..inshaAllah. Oh ya..sape2 yang curious berapa sewa rumah ini per month, tak silap dalam 460 pounds..including evrything, central heating, water. cuma electricity dan internet tak termasuk dalam bill.Masjid pun dekat.ASDA dan TESCO belakang rumah je. Tube statio pun 5 minit jalan..Alhamdulillah.Alhamdulilah.. Di kesibukan belajar/exam. Allah utuskan kawan2 untuk carik rumah yang cantik ini... Sweet sangat.! (^___^)v Lepeh tu, pergi jalan2 ke oxford street. ( macam petaling street la kot). Tempat beli belah sepanjang satu kilometre ( or maybe more than Ikm)..nak carik souvenirs apa yang nak bawak balik untuk mak ngan abah serta adik beradik. Ada la sedikit. Haha.Sorry tak de gambar sebab kamera tak bawak. Oh ya. Abang hisham ada tengok satu video ni. Here you go..check this video. Video ini abang hisham rasa agak best. First time tengok video ini. macam " Please trust yourself more than your trust the doctor". Bagi abang hisham, konsepnya senang. we tend to follow what people say about us. Macam kak Wardina cakap, what defines beauty? BARAT! apa2 yang cantik je kat BARAT (tak pakai baju pun cantik...pada pandangan dorang.. ==!! Sebenarnya tak ( kalau nak tgk video kak Wardina, silalah carik kat youtube mengenai symposium bidadari dunia..satu perbincangan yang cukup bernas...and shes awesome!
C'mon peeps, bagi abang hisham, you know yourself better than anyone. you know what suits you the best.. samalah macam arthur dalam video ini. dia macam tend to follow what the doc said about his legs. 15 tahun dia dekat kerusi roda. at the end, when one guy came out and cakap " I believe in you" dia dapat semangat. Kat sini pun konsepnya senang. Kita hanya perlukan orang nak trust on us.! walaupun sorang. and kepada adik2 abang hisham yang abang hisham pernah, I BELIEVE IN YOU! I REALLY AM! so go chase after your dreams!
Whatever you do, I got your back! Go smash orang yang cakap kita tak boleh or whatsoever. we do not know whats going to happen in the future. but the thing is..sanggup ke kita berkorban masa+tenaga+wang ringgit+ kesengsaraan etc untuk capai kejayaan. Tengok dalam citer arthur ni. Dia nak jalan like real bad! whatever it is.aku nak jalan balik.. dia sanggup jatuh langgar almari, masa dihabiskan dengan senaman. believe it or not. Dia at the end boleh jalan and in fact boleh berlari..jatuh sekali does not mean that kita tidak boleh bangkit.kalau kita jatuh 7 kali, kita bangkit 8 kali.. samalah macam kita...apa yang kita nak dalam hidup ni? redefine balik and tanya balik diri kita..PLEASE always questioning ourselves...sanggup tak aku nak berkorban.if you know what I mean...kejayaan itu tak datang dari insan super power macam batman + superman + thor or whoever they are ( sekarang tengah musim avengers kan.haha)..tapi kejayaan yang luar biasa tu dihasillkan oleh insan biasa yang bekerja secara luar biasa. simple...and do not ALWAYS believe the majority! they do not always correct!
believe in yourself and inshaAllah Allah will ease your path. penat nye tulis.haha..(gurau2 je) inshaAllah abang hisham akan gunakan video ini untuk beberapa program motivasi sepanjang cuti summer.jadi sape2 yang berkesempatan berjumpa dengan abang hisham, nanti kita borak lebih panjang ok. Besok nak g amik barang mak kat Oxford Street lagi.inshaAllah kali ini akan bawak kamera. so boleh la snap gambar then tunjuk2 adik2 kat kampung nanti. sambil bercerita mengenai budaya orang UK dan sebagainya.. Seronok bercerita dengan budak2 ni. Moga jumpa lagi. bye2.

18 May 2012

Exam Dah Habis. Tido!

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Exam dah habis. Dan secara rasminya tahun pertama di University College London telah ditamatkan (harapnya dengan jayanyalah.).inshaAllah.
Tone blog ini juga akan berubah kerana menurut beberapa pandangan perunding motivasi, susah untuk memotivasikan orang jika tone ayat agak ‘tegas’. Jadi try untuk chill jugak la.. haha anyways. Saya akan ‘meghabiskan’ masa di London selama sebulan sebelum bertolak ke Malaysia. Ok. Begini perancangannya. Akan ke Venice terlebih dahulu untuk menimba pengalaman di sana. (lagi best kalau dapa jumpa ahli ilmuan di sana dan boleh berbual-bual dengan mereka).
Lepas tu akan ke Jordan untuk melawat teman. Objektif utama kesana terpaksa di perbaiki sedikit kerana ada beberapa masalah. Lepas tu balik MALAYSIA...tanah tumpah negaraku.
Jadi sebelum berlepas ke Venice dan Jordan, sebulan kat London nak buat apa? Lama tu? Ok, perancangannya begini. Akan menghabiskan beberapa buku motivasi dan sebuah buku falsafah (cam nak termuntah nak hadam buku-buku ni)..tapi chill la..Membaca gaya wawasan. Bangsa membaca bangsa berjaya. Mungkin juga akan ke taman dan berbual-bual dengan pakcik2 yang duduk kat sana. Dorang sungguh peramah. Kalau bertuah boleh la mintak sikit roti dan bagi makan burung kat taman tu.
Alamak, dah nak solat Jumaat la..ok kena p dulu. Ibadah kena diutamakan. Nanti abang hisham update lagi blog ini. bye.bye.

15 March 2012

Secarik Kehidupan

Assalamualaikum wbt

Secara tidak dirancang, terasa ingin berkongsi pengalaman mendapat keputusan Sjil Pelajaran Malaysia [SPM].
Saya sejujurnya bukanlah seorang pelajar yang cemerlang. Pada saya, elemen kejayaan itu banyak. Bukan hanya bergantung kepada gen-gen genius yang secara mitosnya diuar-uarkan kedalam komuniti masayarakat sekarang. Elemen kejayaan ini antaranya berkat ibu bapa, redha guru, kesungguhan dan doa serta tawakal.
Saya kira beruntung kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka dan disinilah saya mempelajari erti kesusahan dan kesungguhan dalam mencari ilmu.



Sejujurnya, saya hanya meletakkan Universiti Teknologi Petronas sebagai platform untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM. Tidak pernah tahu mengenai peluang-peluang biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan mahupun badan-badan swasta. Kira sangat beruntung orang-orang yang mempunyai peluang bersekolah di sekolah-sekolah hebat di Malaysia.
Betul, kita memang menggunakan sukatan pelajaran yang sama, namun kita mengalami proses yang
berbeza.
Betul, itu rezeki masing-masing dan kenapa tiada siapa yang bertindak untuk berkongsi rezeki itu bersama saya sewaktu saya di Teknik Jasin.

Saya jauh sekali untuk menyalahkan sistem pentadbiran mahupun sistem pengajaran yang ditawarkan di Teknik Jasin, sebaliknya saya bersyukur. Barangkali apa yang kita tidak suka itulah yang terbaik buat diri kita. [mashaAllah Alhamdulillah]

Saya gagal mendapat tempat di Universiti Teknologi Petronas menggunakan keputusan percubaan kerana ada sedikit masalah dengan Matematik Tambahan.
Memang saya kecewa! Pada saya, UTP merupakan institusi terbaik di Malaysia pada masa itu, dan saya gagal.
Tatkala pelajar dari sekolah lain sibuk mengisi borang-borang biasiswa, saya hanya terpaku.
Dunia terasa kelam.
Tetapi pada masa itu bukan masa untuk mengalah. Betul saya memang jatuh tersungkur, [kecewa yang amat pada ketika itu], tetapi saya bukan jatuh tertiarap! Saya kuatkan azam dan sumber kekuatan saya hanya kesusahan ayahanda dan bonda di kampung. Kami bukan orang senang. Jauh sekali status orang berada. Saya teruskan juga perjuangan. Pada masa itu SPM memang objektif saya.

Alhamdulillah, keputusan SPM tidak begitu teruk dan tidak seperti yang diharapkan. Mungkin itu yang terbaik. Menuju ke Teknik Jasin bersama ayahanda [dan seorang jiran] untuk mengambil keputusan SPM,. Separuh perjalanan ke Teknik Jasin, saya dihubungi GPK HEM, Puan Saodah memberitahu bahawa keputusan saya tidak seperti yang saya harap [ataupun tidak seperti mana yang sekolah target]. 9A1B. Satu gred B dalam subjek Lukisan Kejuruteraan. Sampai sahaja di dewan besar, air mata menitis laju. Bukan kerana gembira, tetapi terasa seperti telah menghampakan semua pihak. Sekali lagi saya rasakan peluang ke UTP....hancur.




Sejujurnya, saya tidak tahu perasaan ayahanda dan bonda saya mengenai keputusan SPM ini. Barangkali mereka menyembunyikan perasaan mereka. Dua-dua bertemu dan bercinta semasa semasa berkhidmat sebagai tentera darat. Mungkin juga susah untuk menzahirkan perasaan itu [barangkali]..[hihi]

Selepas lebih kurang sebulan, saya mendapat tawaran dari FELDA untuk melanjutkan pelajaran ke Kolej MARA Banting dalam bidang IB Diploma Programme dan alhamdulillah, kini saya di University College London. Allah itu sangat ‘sweet’.

Saya tidak mengharapkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara sekali pun selepas SPM tetapi Allah lebih mengetahui dan saya harap UCL adalah yang terbaik buat saya.
ALHAMDULILLAH



(University College London, UK)




Oh ya, saya bukanlah best student di teknik jasin. Best student, Razi, sahabat saya yang memperoleh 10A dan kini berada di Jepun [dalam kursus Electronic dan Electrical Engineering] di bawah penajaan JPA

Buat adik-adik di
1) MRSM FELDA Kampus Tun Abdul Razak bilamana pertemuan kita di Kem Motivasi tahun lepas, moga kalian terus melakar kejayaan dan menjadi sumber aspirasi buat adik-adik yang lain. Semoga berjaya dalam hidup dan jangan lupa pesan abang.
2) Buat juniors di Sekolah Menengah Teknik Jasin, maaf kerana tidak sempat untuk berjumpa sebelum datang ke UK. Saya doakan kalian terus maju.InshaAllah bulan 6 ni kita jumpa
3) Buat pelajar2 di Sekolah Kebangsaan FELDA Bukit Jalor, semoga kalian terus membanggakan ayahanda dan bonda kalian kerana mereka sudah lama susah. Tiba masa untuk kita menggembirakan mereka.
4) Kepada semua calon SPM, semoga berjaya mendapat keputusan yang terbaik minggu hadapan

Walau apapun keputusan yang diterima, itulah yang terbaik buat kalian. Jangan putus asa sesungguhnya pintu rezeki itu luas.




Sekian.
p/s
Ini hanyalah tulisan biasa daripada penulis penulis yang suka membanding-tarakan antara kesahihan, kepastikan dan kepalsuan. Mari bercakap berdasarkan fakta dan bukan auta

01 March 2012

Aku Hanya Insan Kerdil

Assalamualaikum wbt.

Sejak akhir-akhir ini, minat menulis semakin ranjak!
Tertarik dengan medium penulisan yang sangat menarik.
[mungkin juga ingin menunjuk-nunjuk].
Anda nilai, saya tidak terkesan sedikit pun.
Pada saya, penulisan yang ‘kukuh’ itu datang dari hati,
Menarik atau tidak, bukan persoalan yang perlu dirungkaikan.
Kadang kala mulut sahaja yang petah berkata,
Pandai memberi komen dan mantap isi perdebatan.
Apakah kau tahu apa yang kau katakan,
Diam itu lebih baik saya kira.

Walaubagaimanapun, minggu ini aku mendapat pelbagai berita gembira.
Alhamdulillah.
Kadang kala, terasa takut.
Apakah jauh diri ini daripada sang Pencipta?
Diberikan apa sahaja yang aku pinta...
Bukankah dugaan dan musibah itu akan mendekatkan diri kepada Ilahi.
Sakit umpamanya.
Walaubagaimanapun, aku hanya mengharapkan yang terbaik
Kerana perancangan Allah itu sesuatu yang rahsia.




Berita yang pertama.
Alhamdulillah, aku akan mewakili Malaysia bersama-sama 49 pelajar yang lain sebagai delegasi ke
“3rd University Scholars Leadership Symposium 2012” yang akan bertempat di Bali, Indonesia. Pada awalnya, aku ingin menggunakan ‘Google Translate’ untuk menterjemahkan program ini ke Bahasa Melayu. Ah!Buat malu sahaja hasilnya. Lebih baik aku letak “ “ daripada menggunakan Google Translate ini. Program ini akan berlangsung pada 1 Ogos 2012 sehingga 7 Ogos 2012 yang kos program ini mencecah RM3000. Matlamat program ini mudah, untuk membincangkan masalah-masalah yang berlaku di dunia sekarang seperti perang, kemiskinan dan lain-lain lagi disamping melakukan khidmat kemasyarakatan di Bali. Tambah menarik, antara universiti yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke program ini adalah University of Cambridge, University of Oxford, University of Toronto dan terdapat juga wakil daripada universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Malaysia. Oleh yang demikian, peluang sebegini begitu bagus dan apabila aku usulkan hal ini secara terus ke Pengerusi FELDA dan Pengarah Besar FELDA, mereka bersetuju untuk membiayai kos sepenuhnya sepanjang aku berada di sana. [itu berita yang kedua]. Alhamdulillah, kerja kerja telah dihantar dua hari lepas dan inshaAllah kalau semuanya berjalan dengan lancar, aku akan ke Bali Ogos ini.Doakan semuanya selamat.





Berita yang Ketiga.
Alhamdulillah, berpeluang bersama-sama Pengarah Besar FELDA selama dua hari semasa lawatan beliau keLondon. Banyak tempat yang dilawati.Tetapi bukan itu berita gembira yang ingin dikongsikan. Semua pelajar tajaan FELDA [sama ada FELDA mahupun FELDA Holdings] telah berpeluang menemui Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad untuk membincangkan hal ‘listing’ FELDA Global Ventures Berhad di Bursa Saham Malaysia [tidak perlu rasanya saya ulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini]. Pada pengakhiran pertemuan ini, saya sempat berjumpa dan berbual bersam Tan Sri dan perbualan kami berkisar mengenai ‘internship programme di FELDA’.Alhamdulillah,jika semuanya berjalan lancar, saya dibenarkan untuk melakukan internship dengan kerjasama FELDA di Quebec, Canada atau di South Africa pada musim panas ini.Doakan semuanya selamat.




Berita yang keempat.
Alhamdulillah, minat yang mendalam dalam bidang pendidikan telah menggerakkan kaki ini untuk melakukan kerja kemasyarakatan di London sebagai guru Mathematics dan English. Berbekalkan ‘title’ pelajar sijil TESL di sini,saya dibenarkan untuk mengajar pelajar-pelajar Gred 1 dan Gred 2 selama 1 jam 30 minit.Ini merupakan pengalaman yang sungguh berharga dan inshaAllah akan saya gunakan untuk mengajar anak-anak FELDA apabila saya pulang bercuti musim panas ini. InshaAllah





Sekian.


p/s
Ini hanyalah tulisan biasa daripada penulis penulis yang suka membanding-tarakan antara kesahihan, kepastikan dan kepalsuan. Mari bercakap berdasarkan fakta dan bukan auta.

25 February 2012

Adakah langit kita sama?

Assalamualaikum wbt.

Blog ini sudah lama tidak dikemaskinikan. Ah, aku bukan seorang penglibur lara yang pandai bermain kata tatkala ilham datang menjelma. Aku cuma orang biasa yang punya masa. Alasan! Alhamdulilah, selepas hampir 5 bulan menetap di bumi London, banyak perkara yang telah dipelajari. Oh ya, musim bunga hampir menjelma. Tidak sabar ingin ke Reagents Park London dan berbual-bual dengan tupai serta itik-itik yang aku kira sangat pemalas. Sudah lama tidak memarahi haiwan-haiwan ini. Hanya tahu menunggu pelancong asing memberikan makanan, sehingga kau menjadi gemuk dan malas bergerak. Bukankah itu sifat binatang! Tapi gagak boleh sahaja terbang merata untuk merampas makanan dari itik yang merasakan diri mereka cantik dengan bulu putih serta hijaunya. Barangkali kerana sering dianggap hodoh membuatkan si gagak berusaha untuk meneruskan kehidupan. Barangkala itu juga hanya ilusi semata-mata. Mungkin juga si itik belum sedia untuk keluar daripada zon kecantikan. Ah itik!
Mahu disembelih dan digantung,nanti baru kau sedar!

Alhamdulillah, selesai mengisi borang CRB [Criminal Records Bureau] untuk proses pemilihan untuk menjadi sukarelawan di University College London petang tadi. Lebih baik aku mengisi masa dengan mengajar kanak-kanak yang comel mengenai pendidikan Sains dan Matematik daripada mengunci diri di dalam bilik. Kadang-kadang London sangat mengelirukan. Mungkin kurangnya rumput dan air terjun. Mungkin juga terlalu selesa dengan kemewahan. Aku peduli apa.

InshaAllah, Isnin ini akan pergi menemui kanak-kanak comel tersebut untuk proses temuduga. Aku lebih suka menghabiskan masa bersama kanak-kanak dan berbual mengenai kehidupan indah mereka. Alangkah indah menjadi kanak-kanak. Proses kematangan itu pasti berlaku sama ada kau mahu ataupun tidak. Terima sahaja. Terlalu banyak alasan yang kau berikan. Adakah kau sudah bersedia untuk perubahan. Sama seperti itik-itik yang pemalas di Reagents Park. Hanya pandai menggayakan bulu cantik dan hamburan lunak suara untuk menarik perhatian pelancong. Tahniah kumpulan gagak.

Oh ya, kehidupan di Universiti College London begitu menarik. Tapi aku lebih suka menghabiskan masa di taman sahaja sambil membawa buku motivasi. Kadang-kala, karya Peter Bregman menjadi peneman di Costa. Kadang-kala K.A Stroud Engineering Mathematics.
Kadang-kala hanya bertemankan hati dan perasaan.


Jam 4 pagi nanti, aku harus ke London Heathrow Airport.

Sekian.
p/s
Ini hanyalah tulisan biasa daripada penulis penulis yang suka membanding-tarakan antara kesahihan, kepastikan dan kepalsuan. Mari bercakap berdasarkan fakta dan bukan auta.