25 February 2012

Adakah langit kita sama?

Assalamualaikum wbt.

Blog ini sudah lama tidak dikemaskinikan. Ah, aku bukan seorang penglibur lara yang pandai bermain kata tatkala ilham datang menjelma. Aku cuma orang biasa yang punya masa. Alasan! Alhamdulilah, selepas hampir 5 bulan menetap di bumi London, banyak perkara yang telah dipelajari. Oh ya, musim bunga hampir menjelma. Tidak sabar ingin ke Reagents Park London dan berbual-bual dengan tupai serta itik-itik yang aku kira sangat pemalas. Sudah lama tidak memarahi haiwan-haiwan ini. Hanya tahu menunggu pelancong asing memberikan makanan, sehingga kau menjadi gemuk dan malas bergerak. Bukankah itu sifat binatang! Tapi gagak boleh sahaja terbang merata untuk merampas makanan dari itik yang merasakan diri mereka cantik dengan bulu putih serta hijaunya. Barangkali kerana sering dianggap hodoh membuatkan si gagak berusaha untuk meneruskan kehidupan. Barangkala itu juga hanya ilusi semata-mata. Mungkin juga si itik belum sedia untuk keluar daripada zon kecantikan. Ah itik!
Mahu disembelih dan digantung,nanti baru kau sedar!

Alhamdulillah, selesai mengisi borang CRB [Criminal Records Bureau] untuk proses pemilihan untuk menjadi sukarelawan di University College London petang tadi. Lebih baik aku mengisi masa dengan mengajar kanak-kanak yang comel mengenai pendidikan Sains dan Matematik daripada mengunci diri di dalam bilik. Kadang-kadang London sangat mengelirukan. Mungkin kurangnya rumput dan air terjun. Mungkin juga terlalu selesa dengan kemewahan. Aku peduli apa.

InshaAllah, Isnin ini akan pergi menemui kanak-kanak comel tersebut untuk proses temuduga. Aku lebih suka menghabiskan masa bersama kanak-kanak dan berbual mengenai kehidupan indah mereka. Alangkah indah menjadi kanak-kanak. Proses kematangan itu pasti berlaku sama ada kau mahu ataupun tidak. Terima sahaja. Terlalu banyak alasan yang kau berikan. Adakah kau sudah bersedia untuk perubahan. Sama seperti itik-itik yang pemalas di Reagents Park. Hanya pandai menggayakan bulu cantik dan hamburan lunak suara untuk menarik perhatian pelancong. Tahniah kumpulan gagak.

Oh ya, kehidupan di Universiti College London begitu menarik. Tapi aku lebih suka menghabiskan masa di taman sahaja sambil membawa buku motivasi. Kadang-kala, karya Peter Bregman menjadi peneman di Costa. Kadang-kala K.A Stroud Engineering Mathematics.
Kadang-kala hanya bertemankan hati dan perasaan.


Jam 4 pagi nanti, aku harus ke London Heathrow Airport.

Sekian.
p/s
Ini hanyalah tulisan biasa daripada penulis penulis yang suka membanding-tarakan antara kesahihan, kepastikan dan kepalsuan. Mari bercakap berdasarkan fakta dan bukan auta.

No comments: