01 March 2012

Aku Hanya Insan Kerdil

Assalamualaikum wbt.

Sejak akhir-akhir ini, minat menulis semakin ranjak!
Tertarik dengan medium penulisan yang sangat menarik.
[mungkin juga ingin menunjuk-nunjuk].
Anda nilai, saya tidak terkesan sedikit pun.
Pada saya, penulisan yang ‘kukuh’ itu datang dari hati,
Menarik atau tidak, bukan persoalan yang perlu dirungkaikan.
Kadang kala mulut sahaja yang petah berkata,
Pandai memberi komen dan mantap isi perdebatan.
Apakah kau tahu apa yang kau katakan,
Diam itu lebih baik saya kira.

Walaubagaimanapun, minggu ini aku mendapat pelbagai berita gembira.
Alhamdulillah.
Kadang kala, terasa takut.
Apakah jauh diri ini daripada sang Pencipta?
Diberikan apa sahaja yang aku pinta...
Bukankah dugaan dan musibah itu akan mendekatkan diri kepada Ilahi.
Sakit umpamanya.
Walaubagaimanapun, aku hanya mengharapkan yang terbaik
Kerana perancangan Allah itu sesuatu yang rahsia.




Berita yang pertama.
Alhamdulillah, aku akan mewakili Malaysia bersama-sama 49 pelajar yang lain sebagai delegasi ke
“3rd University Scholars Leadership Symposium 2012” yang akan bertempat di Bali, Indonesia. Pada awalnya, aku ingin menggunakan ‘Google Translate’ untuk menterjemahkan program ini ke Bahasa Melayu. Ah!Buat malu sahaja hasilnya. Lebih baik aku letak “ “ daripada menggunakan Google Translate ini. Program ini akan berlangsung pada 1 Ogos 2012 sehingga 7 Ogos 2012 yang kos program ini mencecah RM3000. Matlamat program ini mudah, untuk membincangkan masalah-masalah yang berlaku di dunia sekarang seperti perang, kemiskinan dan lain-lain lagi disamping melakukan khidmat kemasyarakatan di Bali. Tambah menarik, antara universiti yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke program ini adalah University of Cambridge, University of Oxford, University of Toronto dan terdapat juga wakil daripada universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Malaysia. Oleh yang demikian, peluang sebegini begitu bagus dan apabila aku usulkan hal ini secara terus ke Pengerusi FELDA dan Pengarah Besar FELDA, mereka bersetuju untuk membiayai kos sepenuhnya sepanjang aku berada di sana. [itu berita yang kedua]. Alhamdulillah, kerja kerja telah dihantar dua hari lepas dan inshaAllah kalau semuanya berjalan dengan lancar, aku akan ke Bali Ogos ini.Doakan semuanya selamat.





Berita yang Ketiga.
Alhamdulillah, berpeluang bersama-sama Pengarah Besar FELDA selama dua hari semasa lawatan beliau keLondon. Banyak tempat yang dilawati.Tetapi bukan itu berita gembira yang ingin dikongsikan. Semua pelajar tajaan FELDA [sama ada FELDA mahupun FELDA Holdings] telah berpeluang menemui Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad untuk membincangkan hal ‘listing’ FELDA Global Ventures Berhad di Bursa Saham Malaysia [tidak perlu rasanya saya ulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini]. Pada pengakhiran pertemuan ini, saya sempat berjumpa dan berbual bersam Tan Sri dan perbualan kami berkisar mengenai ‘internship programme di FELDA’.Alhamdulillah,jika semuanya berjalan lancar, saya dibenarkan untuk melakukan internship dengan kerjasama FELDA di Quebec, Canada atau di South Africa pada musim panas ini.Doakan semuanya selamat.




Berita yang keempat.
Alhamdulillah, minat yang mendalam dalam bidang pendidikan telah menggerakkan kaki ini untuk melakukan kerja kemasyarakatan di London sebagai guru Mathematics dan English. Berbekalkan ‘title’ pelajar sijil TESL di sini,saya dibenarkan untuk mengajar pelajar-pelajar Gred 1 dan Gred 2 selama 1 jam 30 minit.Ini merupakan pengalaman yang sungguh berharga dan inshaAllah akan saya gunakan untuk mengajar anak-anak FELDA apabila saya pulang bercuti musim panas ini. InshaAllah





Sekian.


p/s
Ini hanyalah tulisan biasa daripada penulis penulis yang suka membanding-tarakan antara kesahihan, kepastikan dan kepalsuan. Mari bercakap berdasarkan fakta dan bukan auta.

1 comment:

sang setia said...

jalan di hadapan tuan hamba terbentang luas. semoga bijak melangkah dan tidak mudah tewas pada onak duri yang mendatang.