25 August 2011

BATU BATA VISA, dan LEMBUT PASIR KINOKUNIYA



Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca sekalian. Harapnya kalian sentiasa berada dalam payung rahmat Ilahi hendaknya, inshaAllah.

Alhamdulillah segala urusan VISA UK telah disempurnakan semalam. Setelah hampir sebulan bergelumang dengan CAS Number yang lewat dihantar oleh UCL, terpaksa menangguhkan tarikh dan masa ‘appointment’, kesukaran untuk mengisi appendix 8 dan lain-lain lagi telah selamat dikebumikan sejurus selepas semua dokumen itu dihantar ke tingkat 19 Wisma MCA,Ampang. Walaubagaimanapun, urusan VISA UK kali ini agak kelam kabut urusannya apabila semua pemohon dipaksa ke tingkat 3 walhal semua urusan mengenai VISA UK bertempat di tingkat 19. Sejujurnya, perkara ini mengejutkan saya kerana tidak mempunyai pengalaman menguruskan VISA dan ini merupakan kali pertama saya ke WISMA MCA. Akan tetapi, kalau bijak mencari rakan segalanya akan menjadi mudah. Sebelum ke tingkat 3, saya sempat berbual dengan dua orang pelajar yang akan melanjutkan tahun akhir mereka ke University of Leeds dalam bidang Event and Admins kalau saya tidak silap. Menurut mereka, proses ini juga baru bagi mereka. Setelah hampir 10 minit berbual, saya mengajak mereka berdua ke tingkat 3 bersama-sama. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya masalah keseorangan tadi telah berjaya ditangani.





(Gambar dihadapan WISMA MCA)

Teringat satu potongan ayat di dalam Al-Quran

Allah mengkehendari kemudahan bagimu dan tidak mengkehendaki kesukaran bagimu
[2:185]


Sampai sahaja di tingkat 3, perkara yang paling saya takuti jelas terpapar di depan mata. Begitu ramai pemohon berada dalam satu bilik yang disediakan di tingkat 3. Saya bertanya kepada pengawal yang bertugas disitu tujuan mereka memaksa kami ke tingkat 3. Rupanya, pegawai yang menguruskan VISA UK ini ingin memastikan segala dokumen tepat. Sebagai contohnya, latar belakang gambar mestilah berwarna putih dan bukan biru dan lain-lain lagi. Saya bergerak masuk ke bilik yang disediakan di tingkat 3 dan cubaan saya untuk mencari kerusi gagal. Saya terpaksa berdiri selama 2 jam sebelum nama saya dipanggil untuk tujuan pemeriksaan dokumen. Dalam tempoh menunggu itu, saya ada berborak-borak dengan beberapa rakan daripada kolej lama saya. Setelah agak kebosanan menunggu, saya ke satu penjuru untuk bersandar atau merehatkan kaki ini. Terdapat beberapa orang sedang menyelak-nyelak dokumen mereka untuk memastikan mereka berada di landasan yang betul.




Disebabkan terlalu bosan, saya ada menegur seorang pemohon yang berasal daripada Ipoh. Menurutnya, dia memohon VISA UK untuk menyambung pelajaran dalam bidang Master dalam bidang Achitecture. Tambah menarik, dia merupakan graduan daripada University of Schcalyte di Scotland. Lama juga saya berborak dengan dia mengenai sistem pendidikan di UK dan Malaysia, pertembungan budaya dan kos sara hidup di sana. Agak menarik juga perbincangan kami, tetapi setelah beberapa minit, saya seakan-akan bercakap keseorangan.haha. Oh ya, saya juga dengan segan silu ada menegur 3 orang pelajar daripada KYUEM. Dua daripada mereka akan melanjutkan pelajaran di Kent University dalam bidang Sains Aktuari manakala seorang lagi akan ke Machester Univeristy dalam bidang Civil Engineering. Peluang keemasan ini saya gunakan untuk bertanyakan mengenai statistik pelajar KYUEM yang akan ke UCL. Menurut mereka, ramai pelajar KYUEM akan ke Imperial dan UCL dan tambah menarik mereka ada mengatakan dua orang daripada KYUEM akan ke Cambridge University.



Setelah hampir 5 minit berbual, saya ke bahagian hadapan untuk menunggu nama saya dipanggil. Agak bosan juga sebab tidak ada sesiapa yang berpotensi untuk dijadikan kawan berbual kerana rata-rata mereka sibuk menguruskan dokumen. Hampir 30 minit keseoarangan, alhamdulillah saya sempat berbual selama lebih kurang lima minit dengan sorang pemohon. Menurutnya, dia akan ke University of Leeds tahun akhirnya dalam bidang Economics, kalau tidak silap. Tidak lama kemudian, nama saya dipanggil untuk tujuan pemeriksaan. Tempoh dokumen saya diperiksa tidak lama kerana saya sudah menyediakannya terlebih dahulu. Pada pandangan saya, urusan pemeriksaan akan menjadi lama jika anda adalah self-sponsored student dimana anda dikehendaki untuk menyediakn pelbagai dokumen dari segi penyata bank, jumlah wang dalam akaun dan sebagainya.


Setelah semuanya selesai di tingkat 3, saya dikehendaki ke tingkat 19. Oh ya, saya sempat berbual dengan seorang makcik semasa berada di dalam lif. Menurutnya, perkara sebegini (yakni ramai orang dan hanya ada dua orang pegawai sahaja yang menguruskan) tidak patut berlaku. Secara jujurnya, saya juga berpendapat sebegitu, kerana pihak UK VISA mempunyai banyak pengalaman dari tahun-tahun berikutnya dan masalah sebegini seharusnya diatasi dengan lebih awal. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat masalah dalaman yang kita tidak ketahui.





Sampai ke tingkat 19, saya diberikan nombor dan alhamdulilah, saya terlihat kelibat-kelibat kerusi di dalam bilik yang disediakan. Akhirnya setelah hampir dua jam tidak duduk menyebabkan kaki ini berasa sakit, keempukan kerusi akhirnya dapat dirasai. Menunggu keseorangan tanpa rakan untuk berbual agak membosankan. Saya kerap melihat ke skrin nombor supaya nombor saya dipaparkan dengan kadar segera. Akhirnya setelah hampir 2 jam menunggu, segala urusan di UK VISA sudah selesai disempurnakan. ALHAMDULILLAH....

Saya bergerak keluar dari WISMA MCA untuk menuju ke Suria KLCC. Tempat yang dituju adalah gedung buku, Kiokuniya yang berada di tingkat atas sekali. Sementara menunggu rakan-rakan untuk berbuka puasa bersama-sama di KLCC, saya sempat membeli tiga buah buku. Diskripsi ketiga-tiga buku ini menarik minat saya untuk membelinya. Kos keseluruhan lebih kurang RM51.50.
Ini buku yang telah saya beli di Kinokuniya.




Selepas selesai urusan di Kinokuniya, saya dan seorang rakan, Azim menuju ke Food Court KLCC untuk mempersiapkan diri bagi berbuka puasa. Sementara menunggu azan berkumandang dan kehadiran rakan-rakan lain, saya sempat menceritakan pengalaman di WISMA MCA tadi kepada Azim.
Ini gambar iftar kami di KLCC. Rata-rata mereka merupakan pelajar jurusan perubatan yang akan ke Ireland bulan September ini





P/S
lepas ini, kalau nak pergi mana-mana, baik pergi berdua, ada juga teman berbual

23 August 2011

FELDA UCL dan KEHIDUPAN



Assalamualaikum wbt.
Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat dan berada di bawah payung rahmat Ilahi

Sudah agak lama tidak dikemaskini blog ini. Mungkin sedikit sibuk dengan urusan universiti, VISA, urusan dengan penaja (FELDA) dan tidak lupa tahap kemalasan yang kian meninggi.
Bercakap mengenai urusan dengan pihak universiti, alhamdulilah, setelah menghantar email kepada Sarah Nathoo (orang yang menguruskan mengenai kemasukan pelajar baru), alhamdulillah, saya telah ditawarakan untuk menyamung pelajaran ke University College London (University of London) dalam bidang Master’s Undergraduate Programme selama 4 tahun dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.Syukur yang teramat sangat kerana impian yang dibina sewaktu semester pertama di Kolej MARA Banting sudah semakin dekat untuk direalisasikan. Alhamdulillah.

Ini merupakan gambar sekitar UCL yang saya sempat ambil daripada internet. Struktur binaannya agak menarik kerana seakan-akan era Rom dan Greece. Walaupun terletak di tengah-tengah kota London, namun, sistem pembelajan yang digunakan masih mampu menjana persekitaran yang kondusif sehinggakan melahirkan cendikiawan yang mempunyai pemikiran kelas pertama.



Selain itu, saya juga telah ditawarkan penginapan di John Tovell House, satu pengipana yang sungguh dekat dengan Electric Department. Katanya, hanya dipisahkan oleh jalan raya, dan kedua-dua bangunan ini bertentangan antara satu sama lain. Alhamdulillah. Tidak pernah menduga atau merancang untuk ditawarkan ke John Tovell kerana saya fikir borang saya mengalami masalah dan terpaksa dihantar sedikit lewat. Tambah perit, terpaksa dihantar menggunakan Pos Laju yang kosnya bukan RM1 mahupun RM10, tetapi RM80+. Tetapi, berkat kesabaran dan dorongan serta dokoongan ibu bapa yang begitu memahami kehendak anaknya ini, saya ditawarkan ke satu tempat yang begitu dekat sekali dengan kelas, kuliah dan bangunan pengajian saya bahkan sewa yang dikenakan seminggu antara yang paling murah iaitu 97pounds berbanding ada rakan-rakan saya yang terpaksa membayar sehingga 197pounds seminggu..alhamdulilah

Allah bersama-sama dengan orang yang sabar[2:249]..
.
.Alhamdulilah
.
.

Di sini saya ada sertakan beberapa gambar mengenai tempat penginapan saya




Dihadapan John Tovell House,(menurut senior, dihadapannya adalah Electric Department)




Bilik Memasak (harapnya saya akan kerap memasak selepas ini



Bilik Tidur (lebih barik daripada KMB)


(untuk gambaran lebih lanjut mengenai John Tovell House, boleh klik di link ini.)

Kesibukan diri ini juga dipenuhi dengan majlis berbuka puasa bersam Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad di Dewan Merak Kayangan, Kuala Lumpur. Pada petangnya, saya sempat berkenalan dengan beberapa pemegang biasiswa FELDA dan FELDA Holdings di salah satu bilik yang disediakan. Kami sempat mengadakan satu sesi perkongsian pengalaman antara senior dan junior. Rata-rata mereka begitu bersemangat tinggi dalam merealisasikan impian FELDA bahkan ada yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke Oxford dan Cambridge. Syabas diucapkan kepada mereka. Sesi perkongsian ini lebih bertumpu kepada permasalahan yang dihadapi oleh junior-junior yang sedang mengikuti kursus persediaan. Alhamdulillah, beberapa jalan penyelesaian sudah dapat dicari (syabas kepada Abang Amri Rahamat) dan telah dihantar kepada Pegawai FELDA.

Pada malamnya pula, saya sempat berbuka puasa bersama dengan pengerusi FELDA dan kami telah diberikan penghargaan untuk menerima wang bonus kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tambah manis, gambar kami disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia. Ini keratan akhbarnya



p/s
Harap-harap semua berjalan lancar ke London nanti..inshaAllah

12 June 2011

Kembara Ilmu, Kembara Iman

2 tahun Kembara Ilmu di KMB (maaf, saya ketandusan idea untuk blog ini)

Assalamualaikum wbt kepada para sahabat yang sudah lama tidak kutemui. Moga kalian semua tenang dan sihat berada di bawah payung hidayah Ilahi. Alhadumdulillah, blog yang sudah sekian lama tidak dikemas kinikan ini mula mendapat rentaknya semula. [harapnya rentak ini berterusan sehingga bila-bila].inshaAllah

Kembali Ilmu di KMB selama dua tahun benar-benar menduga iman setiap pelajar [ teringat kata-kata kaunselor KMB yang kini sudah dinaikkan pangkat ke CAS Coordinator, “once a KMBian, always a KMBian”]. Masakan tidak, dua tahun yang penuh dengan rintangan, onak duri, aral dan sebagainya bukan sahaja dirasai oleh pelajar-pelajar, namun perasaan itu dirasai juga di kalangan guru-guru. Kadang-kadang, guru-guru yang terlebih risau mengenai peperiksaan, walhal pelajar-pelajarnya boleh dikatakan rilex je.haha [sedikit mengarut]

Bercakap mengenai KMB ini, terlalu banyak kenangan manis dan pahit dirasai. Kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan ialah berborak-borak dengan guru-guru di cubicle mereka sewaktu masa rehat. Sampaikan ada satu ketika, terpaksa berlari ke kelas sebab dah terlambat 10 minit untuk ke kelas statistik [kelas yang paling tidak dapat dimaafkan sekiranya anda lambat, walaupun 5 minit].Akibatnya saya terpaksa berdiri di dalam kelas hampir untuk satu masa subjek statistik [bila teringatkan kembali macam lucu pula]. Berborak-borak dengan makcik-makcik KOOP yang begitu mesra dengan loghat Jawanya, kadang-kadang aku sendiri pun tak faham {oh ya, aku hanya boleh bercakap “kabare wak” sahaja setiap kali terserempak dengan pak-pakcik KOOP}..konon-kononnya nak berborak la, alamatnya, ketandusan idea dan terpaksa memberitahu bahawa aku ini bukan Jawa betul. Haha {sekali lagi..hanya merepek}

Pengalaman pahit?? Hmmm...mungkin ini tidak dapat dilupakan sepanjang 2 tahun di KMB. Masakan tidak..terpaksa buat empat kali math portfolio dalam tempoh yang sejujurnya amat singkat. Tambah memeritkan keempat-empat math portfolio (MATH HL) itu bukan berkisar mengenai topik yang sama, namun topik-topiknya berbeza sekali. [satu math portfolio pun dah nak termuntah nak diselesaikan, inikan pula empat..tapi alhamdulillah pertolongan Allah itu dimana]. Terpaksa mencari data seramai 80 orang pelajar beberapa jam sebelum cuti semester [yang pada ketika itu KMB tengah ada exam, SERIOUSLY, that was tough!!]. Berlari-lari keliling blok untuk dapatkan data satu pengalaman yang ‘tidak boleh dilupakan’.. Harap-harapnya benda ini berbaloi.inshaAllah

Bergaduh dengan kawan-kawan tu rasanya sudah menjadi perkara biasa di KMB [rasanyalah, mana kan tidak, setiap hari kena tidur 3 4 pagi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, maka keadaan emosi itu mesti akan ada yang tidak stabil, kena marah dengan cikgu lagi, berdiri dalam kelas, lab report satu minggu maun mencecah 2 lab reports. [dan kelas aku ni, macam sedikit competitive, oleh yang demikian, hampir setiap daripada kami cuba melakukan report yang terbaik untuk menjamin markah yang bagus, dan perkara ini memakan masa yang lama untuk disiapkan, dengan library research lagi, consult cikgu lagi, dan tulis lagi]..seriously, I was dying..haha (merepek ja) dan pastinya hari jumaat selepas solat jumaat, kolej akan sunyi sepi [pada ketika ini semua pelajar,hampir semuanya akan lena diulik mimpi..kononnya nak qada’ tidur..haha]

Walaubagaimanapun, 2 tahun kembali di bumi bertuah KMB (walaupun fasiliti yang disediakan bertaraf kelas ketiga) namun guru-guru, rakan-rakan serta semua warga kerja KMB boleh saya katakan bertaraf dunia. Ikatan yang terjalin antara guru dan murid itu memang cukup indah. Sebagai contohnya, bila salah seorang daripada kami sakit, ada beberapa guru yang akan call, bertanyakan khabar dan ada yang sampai call parents untuk memberitahu keadaan anak mereka. [terharu sangat].
Dan apabila final exam semakin dekat, ramai student akan dapat pelbagai hadiah seperti cupcake, cake, kad macam macam-macam lagi daripada guru-guru baik guru subjek mahupun penasihat EE..alangkah indahknya di KMB jika masa itu dapat kuputarkan semula



p/s
pssttttt....result bulan depan..hui,, takut betul la.harapnya semuanya baik.inshaAllah

16 February 2011

Segenggam Tabah

Assalamulaikum wbt

Semoga semua pembaca berada dalam keadaan sihat walafiat dan berada di bawah lindungan payung rahmat Ilahi.

Maaf, agak lama juga blog ini tidak dikemas kinikan. Perjalanan sebagai seorang pelajar di Kolej MARA Banting memang begitu memenatkan. Tapi bukankah semua itu ibadah kalau betul niatnya? [So, jangan pernah merungut].
Alhamdulillah, selepas agak lama menunggu [semacam mununggu bulan jatuh ke riba], akhirnya jawapan yang ditunggu-tunggu telah berjaya dimiliki. Alhamdulillah.
Hampir 2 bulan menunggu jawapan daripada University of College London bagi meneruskan pengajian di sana, akhirnya, pihak pengurusan universiti telah meluluskan permohonan saya. Alhamdulillah, Thank you Allah.

Hopefully, perjalanan ini merupakan perjalanan yang engkau redhai. inshaAllah
Oh ya, ramai orang bertanya mengapa saya terlalu beriya-iya untuk menyambung pelajaran di UK? Alasannya biarlah menjadi satu rahsia antara saya dan Maha Esa.
Oh ya, bercakap mengenai University of Colllege London, kalau saya tidak silap, kedudukan universiti ini adalah ke-empat di dunia [selepas University of Cambridge, University of Oxford dan University of Harvard]. Sejujurnya saya berani kata, satu perasaan yang begitu gembira menyelinap dalam diri. Kerana apa?

Kerana saya tahu, jika saya belajar adalah untuk agama saya yang tercinta, agama Islam...Kenapa?? Kerana saya nak membela nasib saudara saya? Kenapa??? Sebab ramai orang lupa sebab kenapa kita mesti belajar? Adakah kerana diri kita sendiri, pangkat , harta atau adakah kita mencari sejumlah wang yang bila dikira-kira tiada penghujungnya?

Sebab itu, satu azam baru telah dipahat dalam hati saya, biarlah contibution saya itu sekecil zarah sekalipun, asalkan ianya bermakna kepada Islam. Walaupun saya tahu, menggorak langkah di University of College London bukan satu perjalanan yang mudah, tapi...jika tidak hari ini, bila lagi? Atau...siapa yang bisa menggapai cabaran itu?? Orang cakap, luka hari ini tidak pasti menjadi nanah untuk hari esok, tapi apa yang pasti, luka hari ini pasti menjadi peringatan untuk hari esok. InshaAllah

Oh ya, saya ditawarkan dalam bidang Master in Electrical and Electronic Engineering [sebenarnya, taraf Master di UK ibarat Ijazah di negara-negara lain] selama 4 tahun. Justeru, apa yang perlu saya usahakan sekarang ini ialah mendapat 38 daripada 45 [grade IB]..kerana ini adalah requirement UCL. Sebelum terlupa, alhamdulillah ,saya juga ditawarkan di lain2 universiti

1) University of Surrey [Electtrical with Satelitte Engineering]
2) University of Southampton [Electrical with Nanotech Engineering]
3) University of Leeds [Electrical and Electronics Engineering]
4) University of College London [Electrical and Electronic Engineering]

Saya juga masih lagi menunggu satu lagi jawapan daripada Imperial College London.

Alhamdulilah.. Semoga Allah permudahkan perjalanan ini.


p/s
Buat rakan-rakanku, jangan mudah putus asa,,,DO NOT DESPAIR BECAUSE ALLAH IS ALWAYS WITH US!! INSHAALLAH

04 January 2011

Berjuang Hingga Ke Titisan Darah Terakhir

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan kesihatan yang baik serta sihat akal. Rata-rata rakanku dalam perjalanan menuju ke destinasi terakhir-KMB.
Satu tempat yang saya kira bagus jika anda masih lagi mencari diri sendiri, agama,rakan-rakan dan sebagainya. Walaupun tempatnya agak jauh terpelosok di Banting, namun disebabkan beberapa kejadian pembunuhan, orang ramai sudah mula membuka mata mereka. (bukan untuk melihat di mana KMB, tapi Banting)..Saya kira itu sudah cukup bagus untuk mempromosikan KMB.

Semester keempat secara rasminya akan dibuka pada esok hari. Ramai yang menyuarakan isi hati mereka mengatakan takut, cuak dan sebagainya dengan semester kali ini. Kes plagiat, kerja kursus statistic dan sebagainya serta TOK juga. InshaAllah everything will be okay.

Semester 4 juga akan menentukan sama ada kami fly ataupun tidak. Cutt-off point yang ditentukan sponsor (rata-rata sponsor menetapkan 35 sebagai cut-off point yang saya juga tidak pernah dapat) perlu dilepasi. InshaAllah boleh!!

Tambah menarik, semester 3 yang paling ditakuti oleh ramai pelajar IB (terutamanya di KMB) telah Berjaya diharungi dengan jayanya. Cuma ada beberapa lagi coretan hidup yang perlu diperbaiki lagi. Berikut saya sertakan kerja kursus ataupun Internal Assessment yang perlu disiapkan (ataupun yang telah dihantar)

Language A1-Malay
World Literature-Alhamdulillah siap
Individual Oral Commentary-alhamdulilah siap
Kompilasi nota-nota Novel-alhamdulillah siap

Language B-English
Individual Oral Presentation-alhamdulillah proposal diterima, bulan 1 akan mula buat dengan teacher
Interactive Oral Presentation-alhamdulillah, dengarnya teacher bagi markah tinggi, harap-harap cukup untuk dapat 7 for final IB

Economy
Commrntaries-alhamdulillah dah hantar 1st draft, tunggu cikgu bagi selepas check dan prepare untuk sfinal draft

Physics
Lab Reports-untuk sem 4 sahaja (rasanya, lain2 alhamdulillah ok)

Chemistry
Lab reports-alhamdulillah da selesai (dah tak payah nak fikir lagi)
Mathematics
Math Portfolio-alhamdulilah dah hantar
Stats portfolio-tak usik lagi (nauzubillah, harap2 tangan ni ringan nak buat)

Extended Essay
Alhamdulillah dah siap
(mengharapkan untuk dapat A-inshaAllah, dengan izin Allah)

Theory of Knowledge
Alhamdulillah dah hantar 1st draft (ready untuk edit dan hantar untuk final draft—moga dijauhkan dari plagiat)
(mengharapkan untuk dapat B-InshaAllah)

CAS
CAS Reports- dah scan
Reflections- hanya tinggal Personal CAS ja
Alhamdulillah, malam ni boleh siapkan

All in all, apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah focus pada study kerana;
• Club meeting dah taka da
• Tak payah nak risau tentang lab report sebab tinggal physics ja
• EE dah siap
• TOK ready untuk final draft

Oh ya, jangan lupa pertingkatkan amalan rohani
• Baca Al-Quran
• Banyakkan baca doa
• Solat hajat
• Dan banyak lagi

Dalam kita mengejar kejayaan dunia, jangan pula kejayaan akhirat itu dilupakan. InshaAllah

Rasanya itu sahaja, moga kita terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir

p/s
harap2 segala perancangan dipermudahkan Allah


01 January 2011

Merangka Pelan Induk 2011---Selamat Tinggal 2010

Assalamualaikum wbt

Semua orang sibuk bercerita mengenai tahun baru. Tidak kurang ada yang menghantar mesej kiriman ringkat ke rakan-rakan

" Selamat Tahun Baru 2011"

dan ada yang siap berpantun-pantun lagi. (rasanya tak perlu disertakan bersama---kelakar sangat bunyinya)
Tapi sebagai seorang umat Islam yang kononnya nak membangunkan ummah dan bercakap mengenai kegemilangan Islam yag suatu ketika dahulu pernah menaungi 2/3 dunia, rasanya doa awal dan akhir tahun telah dibaca ketika 7.12.2010 (inilah sebenarnya tahun baru kita....ke tak??? tahun baru atas kalendar je???)

bertitik tolak daripada 1 Muharram 1432 ini, sepatutnya kita dah tanamkan satu azam baru untuk berhijrah. Untuk memperbaiki diri dan seterusnya memperbaiki rakan-rakan dan negara. InshaAllah..Tapi malangnya, setiap tahun, tiada kiriman mesej diterima pada tarikh ini. Ironinya, berpuluh wang ringgit dihabiskan untuk mengucapkan "Selamat Tahun baru 2011"..lepas mesej?? THE END!!

Persoalannya, bila sebenarnya tarikh tahun baru umat Islam..??? (Anda fikirkan sendiri)

"Kau ni...cammon la, tahun baru kot,,janganlah bajet sangat!!!"


Masalahnya, sampai bila nak masuk agenda barat??? Apa guna belajar ISK kalau tak diaplikasikan??? bek simpan buat pekasam..tambahan pula, tu yang kat palestin tu sape nak bela??? ke nak biar terbongkang layu ke sampai masjidil Aqsa kena rampas baru nak sedar?? ke tak lagi??? (ideologinya,macam saudara kita nazak tapi kita p kelab malam enjoy)...fikirkan solusinya..

Ingat ideologi telur ayam (melihat dunia dari jendela akhirat bukan sebaliknya)

Tambah menarik, malam jumaat, orang punyalah sedikit p dengar ceramah agama (kononnya bosan la, panel tak best dan sebagainya)--bukankah itu santapan rohani...??
tapi malam kelmarin, ramai betul p Data*an Mer*eka nak tengok bunga api?? Ye tak ya kan, ada konsert, artis pun cun-cun, seksi pulak tu (ingat amal dan banyak!!....dah ready nak jumpa Allah ke??)

ok cukup sekadar itu (sekadar mengajak diri sendiri serta rakan-rakan renung-renungkan dan rawat hati masalah hari ini)

"Berfikir sejenak itu lebih baik daripada bersolat sunat setahun"


Sepanjang tahun 2010, banyak sangat peristiwa best dan kurang enak telah terjadi. Dari mendapat anak buah pertama hinggalah my mom masuk hospital untuk surgery.. Well, takkan beriman seorang itu jika tidak diuji. Maka, ada hikmah daripada setiap peristiwa yang terjadi.. You just need to open your eyes and see these things from different perspectives.. InshaAllah, you will find your way

apa yang kuharapkan hanyalah untuk terus meningkatkan iman dan amal..SEMOGA KEHIDUPAN INI TERUS DIREDHAI ALLAH...

p/s
Semoga cikgu terbuka hati untuk memberikan markah lebih kepada kertas peperiksaan aku. (^_^)

Wallahualam